Hayreddin Barbarossa : Pembela Islam di Lautan Meditterranean

Penulis : Al Ghazali
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd / 2014
Muka surat : 242
Personal Rating : 4.1/5

Minggu ini aku menghabiskan masa dengan menonton kesemua siri Pirates of the Carribbean. Filem lakonan Johnny Depp ini memang popular di seluruh dunia. Musuh utama Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) dalam siri ini adalah Captain Hector Barbossa (Geoffrey Rush) yang telah mengkhianatinya untuk mengambil alih jawatan kapten diatas kapal Black Pearl. Pada siri terakhir, Captain Barbossa dilihat mengemudi kapal Queen Anne’s Revenge manakala Jack Sparrow kelihatan sudah mempunyai kapal Black Pearl dalam tangannya  (literally).

Captain Barbossa digambarkan sebagai seorang watak jahat dalam siri ini. Jangan terkejut jika watak Hector Barbossa ini adalah berdasarkan kisah sebenar seorang pelaut Islam yang bernama Hayreddin Barbossa. Nama macam ada persamaan bukan? Kisah pelaut Islam ini cuba digelapkan oleh pihak Barat untuk menghapuskan fakta bahawa Islam juga pernah berkuasa di sekitar Eropah. Lihat sahaja filem Dracula Untold. Sultan Muhammad Al-Fateh pemerintah agung Kerajaan Uthmaniyah cuba digelapkan oleh Barat.

Hayreddin Barbossa atau menurut buku ini bernama Hizir bin Yaakub Aga lahir di Kepulauan Lesbos, Greek. Hayreddin merupakan gelaran yang dikurniakan oleh Sultan Suleiman I manakala Barbossa pula bermaksud ‘janggut merah’. Beliau bermula sebagai seorang pembantu di kapal saudagar milik bapanya, sehingga menjadi nakhoda kapal dagangnya sendiri. Mengetuai pasukan privatir di Lautan Meditterranean dan menjadi laksamana angkatan tentera laut Uthmaniyyah. Barbossa juga pernah dilantik menjadi Gabenor Algeria dan pernah dianugerahkan gelaran ‘Beylerbey’. Beliau digelar lanun kerana aktif membantu menyelamatkan orang Islam yang tertindas keluar dari Semenanjung Iberia semasa gerakan Reconquista.

Itulah ringkasan biodata Hizir Barbossa yang dipetik daripada buku ini. Haruslah diingatkan, buku karya Al-Ghazali ini adalah berunsur fiksyen. Sudah tentulah diselitkan dengan imaginasi penulis. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah fiksyen sejarah. Cukuplah sekadar ingin mengisi pengetahuan ringkas. Mahu tahu lebih lanjut sila rujuk bahan bacaan yang lebih berilmiah.

Bagi untuk sebuah fiksyen sejarah, buku ini adalah buku yang baik. Gaya penceritaan secara naratif mudah difahami oleh pembaca. Sebuah buku yang ringan dan boleh dihabiskan dalam masa kurang dari 3 jam. Apa yang membuatkan karya ini kurang tarikannya adalah mungkin dari segi plot. Jalan cerita seolah statik sahaja. Hanya ada beberapa bahagian yang membuatkan aku berasa teruja. Aksi juga kurang. Mungkin aku sudah terpengaruh dengan siri filem Pirates of the Carribbean.

Overall, buku yang bagus untuk dibaca oleh remaja untuk mengenali sejarah mengenai tokoh-tokoh Islam. Aku rasa, mungkin buku ini boleh ditulis dengan lebih baik lagi. Aku melihat buku ini baik dari segi nilai sejarahnya yang sangat menarik. Biasalah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s